Monday, 14 January 2008

Salaam dari Syahmi sekeluarga





Pertamanya, syabas dan terima kasih pada Faizah sebab berusaha untuk "start the ball rolling". Jadi bagi memeriahkan dan meneruskan usaha ini, aku contribute sedikit sebanyak mana yang termampu.

Di atas tu, gambar family aku yang agak terkini (2007), so aku rasa tak banyak sangat perubahan kot. Alhamdulillah, kami (aku dan wife) telah diberikan rezeki untuk melanjutkan pelajaran kat Durham University, UK. Pengalaman pertama duduk tempat orang bersama-sama keluarga. Doakan kejayaan kami sekeluarga untuk memikul amanah ni.

Lupa pulak aku nak kenalkan . Dalam gambar tu wife aku (Shukriah) dan dua puteri (1) Hanan Afiqah - Feb 2008 akan 6 tahun (2) Hanan Insyirah - April 2008 akan 4 tahun.

Imbasan masa sekolah....wah...

Masuk sekolah agak lambat berbanding dengan orang lain. Aku ingat aku register bersama2 dengan Jepun dan Najua dan duduk la 1M2 seterusnya sampai 3M2. Aku masih ingat lagi masa sampai form 1 dulu aku rumah Buana tetapi telah diletakan di bilik geng2 Segara. Lepas tu ke 4SS dan 5SS. Minat aku kat sekolah dulu - Basketball hahahaha...hujan2 pun nak main jugak...main basketball bukannya apa sebab tu je la peluang nak jalan2...betul tak Farah....

Ok itu sedikit serba ringkas tentang aku di sini. Haizad, cepat la masukan kau punya....nak la kita orang tengok anak2 kau tu...Market leader la katakan...

2 comments:

Anonymous said...

syahmi...tak leh zoom inkan gambar family hang ke? ala-ala pemalu gitu jejauh. tambah ler lagi gambarnye yek... :)

Samdaddycool said...

..ko right klik , Faizah, view imej